Thursday, July 28, 2016

7 Cara Buat Masker Semulajadi Agar Wajah Kelihatan Muda Remaja

Ada 7 Cara mudah yang kita boleh buat untuk penjagaan kulit wajah Seminggu sekali atau tiga kali. Kata nak cantik supaya suami tak jemu nak sentuh pipi gebu tu kan... Lagipun bukan susah mana pun buat masker sendiri kat umah.

Jom Try!!!

1) Untuk Oily Skin

Dua Sudu Oatmeal
Satu Sudu kecil Avocado
Satu Sudu Kecil Madu

Gaulkan dalam mangkuk semua bahan tadi sampai jadi satu paste yang pekat. Oleskan dan urut membulat di bahagian muka. Kemudian bilas dengan air suam selepas 15 hingga 20 minit.

Untuk mengekalkan kulit yang sihat.

2) Untuk Dry Skin

Satu biji Telur
Satu sudu Madu
Satu sudu minyak zaitun (Olive Oil)

Gaulkan rata dalam bekas yang sesuai sampai sebati. Ratakan di muka. Biarkan sehingga 20minit. Kemudian bilas dengan air suam.

Untuk memberi kelembapan kepada kulit anda dan rasa nyaman.

3) Masalah bintik hitam? Ini ada jawapannya.

Baking soda satu sudu
Gula Pasir satu sudu
Air

Basahkan sedikit kulit wajah anda. gaulkan semua bahan dan ratakan di wajah. Bilas dengan air suam.

4) Revive Skin. Memberikan rasa segar dan nyaman.

Setengah biji timun
Satu sudu besar yogurt asli

Blend bahan tadi. Nak campur tomato pon boleh. Oleskan merata seluruh wajah..sampai leher pon boleh. Bilas dengan air sejuk taw.

5) Masker Vitamin E Shaklee

Satu biji Kapsul Vitamin E Shaklee

Cucuk dengan jarum tajam dan picit sedikit-sedikit ke jari dan sapukan rata ke muka. Biarkan 15minit supaya khasiat Vitamin E dapar meresap ke kulit. Bilas dengan air sejuk bersama Make Up Remover Shaklee.

Anda akan rasa bersih dan kulit segar bermaya.

6) Masker Alfalfa Campur ESP Shaklee

Satu sudu teh Esp
3biji Alfalfa

Hancurkan Alfalfa dan gaul rata dengan Esp. Letak sedikit air kasi rata. Sapukan ke muka dan biarkan separuh kering. Kemudian gosok dari bahagian dagu pipi hidung dan dahi. Bilas dengan air biasa.

Rasai kesegaran dan kehalusan kulit wajah anda.

7) ESP + Plain Yogurt

Satu sudu besar ESP
Satu sudu kecil Plain Yogurt

Gaulkan sebati dan ratakan ke wajah biarkan sehingga kering dan rasai perbezaannya. Lakukan tiga kali seminggu. Perhatikan parut jerawat anda.

SELAMAT MENCUBA LADIES!!!!!

No comments:

Post a Comment