Saturday, June 18, 2016

Melakar Impian Ke Destinasi Pelancongan Di Istanbul

Ramai cakap waktu-waktu cenggini (30mim sebelum berbuka), Allah terima doa kita...mudah2an. Ramai juga cakap yang berimpian tu free, jadi macam orang lain saya pun ada impian tempat pelancongan yg ingin saya pergi. Ada tiga tempat. Istanbul, Korea dan Jepun.

Kenapa ISTANBUL.
Sebab namanya cam sedap dibunyikan.
Eh....betul kan?

Originalnya sebab...
1. Masjid biru (ingat tadi status awal ku? LOL) dan Haghia Sophia.
Nak tengok uniknya Uthmaniyah, Turki dan Sultan Muhamad Alfateh.

2. Grand Bazar dan Mahmud Basha Bazaar (Bukan Mahmud ali Basha ye..)
Orang pompuan kan kalo x merayap kat tempat cenggini kan cam tak complete gitu. Lagipun saya kan kawan, adik dan kakak yg baik..nak la kan bagi souvenir kat semuanyaaaa...

3. Bosphorus Cruise (harap betul ejaan aku nih)
Syarat untuk aku boleh naik mendalah ni. Kene pegi blajar swimming. Ku memang fobia naik adik bradik sampan. Kan ke rugi dh sampai tapi x nyusur sungai dia tgok indahnya Istanbul. Oh x zabaaarrrrr...break the wall wana.

4. Miniature
Ada 105 monument kenit senibina dari zaman byzantine sehingga empayar uthmaniyah yg kemudiannya datangnya makhluk bernama kamal attartuk. Jadi selain buat anak2 tambah happy, dpt tengok bangunan2 sejarah di Turki dgn express.

😢😢BAJET? Apalagi...kene ikat perut. Kumpul beb kumpul. Anggaran tiket, penginapan, makan, shopping..untuk aku, suami, anak 4 orang (tertakluk pada pindaan, mana tahu ada penambahan), mak, mak dan ayah. Ku anggarkan rm30k (ni bajet selamat) kalo ikot survey harga yg ku buat dgn pakcik google..atau akan bertambah ikut nilai semasa.

Tarikh kepergian INSYAALLAH....NOVEMBER 2018. Sebab November tu musim luruh dan dingin. Nak gak rasa sejuk2 geli kat tulang gitu....

Semoga saya dapat capai impian saya dan semoga anda yang mendoakan saya juga dapat mencapai impian anda dengan mudah dan mudah dan mudah.

Aamiin...ya rabbal'alamin...

#tsunamishaklee #tts #istanbulakudatang #pts4kebaboom #yaAllahdikaukabulkanlahimpiankudansahabatkusemua #mobilespapontian #spamuslimahanda #istanbulnovember2018

Muslimah SPA
Your Business Leader
Puan Nirwana
Fb : Mobile SPA Pontian
0173567078


No comments:

Post a Comment