Monday, May 9, 2016

Percutian Sehala Yang Menggabungkan Pelbagai Tempat Menarik Untuk Dilawati

Dulu dalam minda selalu berkata ini...

"Teringin nak berjalan ke tempat percutian di Desaru...TAPI jauh la.."
"Teringin nak ke Tanjung Balau tapi macam Batu Layar lagi BEST!!!"
"Chalet mesti kawkaw nye harga satu malam..homestay lagilah"

Bila Allah kata KUNFAYAKUN....korang memang tidak boleh buat ape dan kata apa. Makanya, Khamis petang 28hb May 2016 kami bergeraklah ke Bandar Penawar. Dengan harapan nak spent time with my kids and their father. Lagipun lama sudah kami satu family tak berjimba-jimba.

Ya Allah tahu tak..Tanjung Balau dengan Desaru tu sebelah menyebelah? Adoiii jangan gelak...tengah jakun ni sebab baru tahu. Kami stay di Bandar Penawar. Homestay dekat Marinea 1. Malam sampai tu kami makan di satu restoran...hmmm ketamnya masak tiada rasa ape. Plain. Reject. Esoknya kami lunch di Tanjung Balau. Asam Pedas. Not Really my taste. Failed. Hari kedua kami makan di satu kedai yang jual nasi lemak kukus yang sedap. lamchop yang enak, nasi ayam yang ohsem but chicken chop kureng sebab dia tak guna ayam pure. Tapi recommendable la..sorry lupa nama kedai tapi kedai dia lot tepi nanti pergi lagi saya edit sini bagi nama kedai ek.

Hari ketiga kami ke Teluk Sengat, Kota Johor Lama Dan mandi kolam kat house club. BEST!!!!!
Anak-anak taknak naik. Sebelah kolam ada taman permainan. Bersih dan selesa untuk anak-anak. Ada gelanggang tennis. Free Free Free masuk. Marinea Club House tak silap nama dia. Oh ya...if korang ke Teluk Sengat silalah makan Rojak Ketam dia. TERANGKAT!! Kedai dia menghadap laut.

Okay nak kongsi sikit gambar-gambar kenangan kami.














Saya suka ke sini, memang tak cukup sehari dua jika datang ke Daerah Kota Tinggi. InsyaAllah nanti next trip saya update lagi okeh. Semoga dapat membantu korang yang sedang mahu bajet-bajet untuk percutiannya. Jumpa Lagi!!!! Salam Sayang dari Mobile SPA Pontian.

No comments:

Post a Comment