Tuesday, April 19, 2016

Berat Badan Menurun Dan Perjalanan Darah Lancar Dengan Hanya Sauna 2 hingga 3 kali Seminggu

Alhamdulillah set sauna kami telah pun sampai. Setelah beberapa minggu ini kami membuat survey tentang perlunya sauna ini. Akhirnya kami buat keputusan untuk melengkapi pakej SPA kami dengan sauna. Dan apakah yang kami temui dalam survey kami? Apakah kepentingan sauna untuk tubuh kita? Apa yang boleh dan tidak boleh dengan bersauna?

"Sauna sebenarnya adalah mandi wap. Dari turun temurun lagi mandi wap ini sebagai salah satu langkah penjagaan kesihatan dan kecantikan. Jika dulu nenek moyang kita rebus air dan dedaunan dalam periuk. bila sudah mendidih kemudian diletakkan di tepi dan di selubung selimut dengan orangnya sekali. Jadi wap itu akan meresap ke dalam tubuh. Daun-daun yang digunakan adalah dari dedaunan herba yang dipercayai mampu mengembalikan kesegaran dan aura tubuh."

Kelebihan dan kebaikan Sauna sebenarnya banyak. Antaranya ;

* Meningkatkan taraf kesihatan.
* Merangsang peredaran darah lebih lancar.
* Membersih dan menghalus kulit.
* Meningkatkan metabolisma sekaligus membantu menurunkan berat badan.
* Memberi rasa rehat kepada mental dan fizikal individu.
* Untuk ahli sukan, akan dapat mengendurkan semula otot yang tegang/kejang.
* Membantu mengeluarkan toksik di tubuh seperti cadmiun, lead, dan mercury.
* Menjadikan kulit lebih segar dan menawan.
* Memperbaiki sistem kardiovaskular.
* Mengurangkan risiko bengkak prostat.
* Menggantikan proses bertangas ketika dalam pantang.
* Menguatkan dan menyihatkan rambut.

Tips untuk anda sebelum hingga selepas sauna.

# Elakkan pengambilan makanan berminyak supaya proses penurunan berat badan jadi lebih effisien.
# Minum air sebelum, semasa dan selepas sauna.
# Lakukan sauna 2-3 kali seminggu.
# Pastikan anda mandi selepas 30minit melakukan rawatan sauna.
# Elok dilakukan selama 10-15min sahaja.
# Wanita mengandung tidak boleh melakukan sauna.
# Individu yang mempunyai masalah darah tinggi tidak boleh melakukan sauna.
# Kanak-kanak di bawah 11 tahun tidak boleh melakukan sauna.
# Individu selepas umur 69 tidak boleh melakukan sauna.



"🌞Bersauna selama 15 minit membakar 400-600 kalori.
💃Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori.
🏊Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori.
🚲Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
🏃Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori."






Yeayyyyyy JOM SAUNA!!!!!
Hanya serendah rm30 sahaja satu sesi (15min), dua sesi hanya rm50 (30min).
Atau ambil bersama pakej Zulaikha atau Balqis atau Khadijah dan anda layak mendapat harga rm25 sahaja satu sesi.

"Sekiranya anda mahu membeli set sauna ini, sila emailkan atau whatsapp ke nombor tertera di bawah ini okay. Penghantaran percuma untuk April 2016 sahaja."

Hubungi kami di :
0173567078
pontianspamobile@gmail.com
fb page : mobile spa pontian. 
SPA MUSLIMAH ANDA!!!

No comments:

Post a Comment