Wednesday, March 30, 2016

Seronok Buat Demo Facial Di KK Tanjung Piai

Alhamdulillah....dah seminggu baru berkesempatan upload aktiviti kami hujung minggu lepas. Pengalaman pertama buat presentation dan demonstrasi Facial di Kolej Komuniti Tanjung Piai.

Terima kasih daun keladi nanti jemput lagi ye. Alhamdulillah walaupun short notice tapi dengan bantuan dan sokongan suami dan bestfriend, mission accomplished. Yeaaayyyyy...

Orang kata 'Pracyice makes peffect'. Totally agreed. Dalam kegugupan yang dapat di atasi dapat menilai kekurangan diri. Yang pasti akan dibaiki 200% untuk next presentation.

Jadi jom imbas kenangan sepanjang sesi tersebut.






Dan jangan lupa booking pakej kami yang menarik dan ohsem itteewww....

Happy Ending,
0173567078
Pn. Wana

Friday, March 18, 2016

5 Manfaat Urutan wajah Untuk Kecantikan Dan Kesihatan Kulit Wajah

Kamu suka diurut? Pernah buat urutan wajah tak?
Urutan badan mesti biasa buat kan...bagus bagus bagus. K.wana pun suka diurut dan mengurut.

Kamu tahu...wajah walaupun tidak seperti badan yang selalu rasa lenguh, pegel-pegel (orang jawa kata)... tetapi amat penting juga untuk mengurut wajah anda. Ia merupakan rawatan paling asas pada wajah.  Urutan wajah bukan sekasae memberikan rasa rileks malah membantu wajah lebih cantik berseri.



Bukan Sekadar Tubuh Sahaja Perlu Di urut, Malah Wajah Anda Sangat Memerlukan Rawatan Urutan. Apa Kepentingannya?

1. Aliran darah di wajah akan jadi lebih lancar, wajah selalu sihat dan berseri. Wajah yang kusam, kering dan tidak bermaya akibat dari aliran darah yang tidak lancar, metabolisme yang kurang baik dan oksigen yang kurang tersebar.

2. Urutan wajah mampu menyingkirkan kotoran dan racun yang tertempel di wajah. Kotoran yang berasal dari debu, sisa make uo dan sel kulit mati menyebabkan pori-pori tersumbat. Mencuci tidak semestinya dapat mengeluarkan semua kotoran. Jadi salah satu cara lain adalah dengan melakukan urutan di wajah.

3. Urutan lembut di wajah dapat memberikan rangsangan rilek dan tenang. Otot yang tegang akibat stress akan mengendur dan mengurangkan rasa stress.  Urutan disekeliling mata mampu membantu mengurangkan lingkaran hitam dan sembab mata.

4. Urut wajah selalu dapat melambatkan proses penuaan. Anda kelihatan muda dari usia.

5. Rutin mengurut wajah membuatkan kulit jadi lebih efektif dalam menyerap air dan sekaligus menjadikan pelembap wajah. Kulit akan selalu terjaga kelembapan dan kelembutannya, tidak mudah kering, pucat dan kusam.

Dapatkan urutan wajah yang betul, agar wajah anda sentiasa kelihatan berseri dan bertenaga. Memancarkan aura positif dan manis selalu.
Yeaaaayyyyyyy!!!!!

Mari Pelajari Teknik-teknik Urutan Wajah Anda ;






SEMOGA BERMANFAAT UNTUK SEMUA.
SENYUM SELALU


Monday, March 14, 2016

PAKEJ ISTIMEWA DI MOBILE SPA PONTIAN

Assalamualaikum semua..
Salam buat semua semoga sentiasa dalam keadaan yang HEBAT dan HEBAT.

Inilah dia pakej istimewa kami yang sangat-sangat istimewa dan pada harga yang sangat-sangat HEBAT dan mampu untuk anda-anda semua merasai ber SPA di rumah anda sendiri mahupun datang ke tempat sementara kami..









Sekiranya anda mahu mendapatkan khidmat SPA kami di tempat kami bolehlah membuat booking sehari awal yer....dan boleh datang ke alamat kami di ;

Home Stay Bonda
No.53,
Taman Dessa Harta Ria
Parit Semerah, Pontian, Johor.

Seandainya anda datang dari jauh, kami juga menyediakan perkhidmatan home stay di alamat yang sama. Sewa untuk satu malam hanya rm150 sahaja. Segala kelengkapan tersedia. Info lanjut tentang homestay ni boleh click link ini.

kami boleh dihubungi di talian 0173567078 atau email kami pontianspamobile@gmail.com

"SENYUMAN ANDA KEPUASAN KAMI"












Thursday, March 10, 2016

SELAMAT BERMOBILE SPA BERSAMA KAMI

Assalamualaikum semua...

K.wana ucapkan selsmat datang ke blog mobile spa pontian ini. Semoga nanti akan jadi blog kegemaran semua. Alhamdulillah genap 2minggu sudah MSP ni beroperasi. K.wana pendekkan Mobile Spa Pontian ni kepada MSP ye.

Untuk di awal ini MSP telah menyediakan khidmat yang tidak hanya tertumpu untuk aktiviti SPA sahaja, MPS dah compilekan menjadi pakej Zulaikha, Balqis, Khadijah, Berpantang dan Penyusuan.

Entry seterusnya MPS akan lampirkan Pakej-pakej lengkap MPS. Harga yang sangat berpatutan untuk pelanggan-pelanggan kami. MPS beroperasi pada waktu berikut :-

Hari : Ahad hingga Sabtu
Waktu : 8am hingga 8pm
Cuti : Akan diberitahu dari masa ke semasa.

Untuk tempahan dan pertanyaan, boleh hubungi talian wahatsapp atau sms di nombor dan email ini :-

0173567078
pontianspamobile@gmail.com

Fb Page : mobile spa pontian
Insta : mobilespapontian

Buat masa ini kami memberikan free mileage charged. Maknanya pelanggan kami hanya perlu membayar harga pakej sahaja. Untuk yang berada di luar kawasan PONTIAN, jangan risau kerana kami boleh datang ke tempat anda tapi kami terpaksa mengambil cas mileage. Kadar mengikut kawasan. TETAPI sekiranya anda berjemaah (4 orang) dan ia dijalankan di rumah anda atau salah seorang ahli jemaah anda, kami akan memberikan freemileage.

Alhamdulillah...anda mesti hubungi kami untuk nikmati SPA bersama kami. Sekali merasa pasti nak lagi.