Tuesday, December 20, 2016

Pengalaman Bentan Yang Mencemaskan Kira-Kira 8 Tahun Yang Lalu

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga kona ke sini untuk update blog kesayangan ni. Dalam sibuk-sibuk urusan SPA ke sana sini di tambah pula dengan aktiviti bersama small family KakNa, masa untuk Disember ini jadi terlalu pack. Nak lagi dengan produk baru yang baru KakNa launched.

Jeng Jeng Jeng.... inilah dia....

Pakej Ibu Berpantang
Sehari hanya RM90 sahaja.
Minima hari adalah 5.
Bagi memastikan pelanggan kesayangan KakNa benar-benar mendapat kebaikan dari khidmat yang KakNa berikan.

Okay nak cerita sikit pengalaman KakNa bersalin anak pertama. Kira-Kira 8-9 tahun lalu. Kini anak bertuah tu berusia 8tahun dan akan masuk 9tahun nextyear in July. Cepat betul masa berlalu ek...

Pertama kali bersalin dan melalui waktu berpantang, KakNa belajar banyak. Bahagian memasing lah kan. Orang lain dua minggu sudah kering luka dan pulih. Tapi KakNa hampir dua bulan. KakNa follow cara mak KakNa berpantang, tapi sedikit kesilapan bila suami KakNa belikan KakNa sayur bayam merah. Dengan niat dapat tambah darah.

KakNa sakit bersalin lama...dan KakNa tiada ilmu meneran. Jangan fikir meneran itu mudah. Pergilah kelas antenatal untuk belajar cara bersalin yang betul. Akibat dari jahil nya KakNa tentang cara meneran, KakNa mengalami koyak yang sangat banyak. Sedih. Sampai suami pun tidak sanggup tengok sebab jahitan banyak.

Berbalik kisah bentan..selang lima minit...LIMA MINIT tau.... selang lima minit KakNa makan sayur bayam tu, badan KakNa jadi sejuk..menggigil. Kaki KakNa hampir cramp terusss... sakit woooo... mujur ada mak bidan..belum balik.. Mak bidan suruh KakNa berselimut tapi still tak mengubah rasa sejuk dan menggigil ditambah tetiba seperti mahu pitam.

Mak Bidan sapu minyak panas kat kaki, kasi minum air suam, dan selimutkan KakNa 3 lapis. Di bahagian ari-ari lagiklah...dia cer tarik urat tu..ya Allah...nanges!!!! Then KakNa tidur...bangun je tidur..badan berpeluh...dan alhamdulillah kembali lega... tentang kisah luka KakNa dekat dua bulan baru baik...KakNa sambung dalam next entry.

KakNa nak cerita Jenis-jenis Bentan.

Bentan ni maksud yang KakNa faham adalah, sakit semula ketika dalam fasa berpantang. Ada 3 jenis bentan ;
BENTAN URAT BADAN
BENTAN URAT RAHIM
BENTAN URAT PINGGANG

Simptom bentan adalah :-
Rasa sejuk.
Rasa menggigil.
Rasa hendak pitam.
Rasa sakit.

Jadi KakNa nasihatkan pada adik-adik, ikutlah nasihat mak dan mak mertua dan mak bidan. Ketika berpantang..
ELAKKAN TERLALU AKTIF BERGERAK.
BANYAKKAN BEREHAT.
JAGA PEMAKANAN.
CUCI BERSIH LUKA.
JAGA IBU JARI KAKI.
FOLLOW PANTANG LARANG ORANG VETEREN.

Okay...nanti KakNa kongsikan lagi apa itu tiga jenis bentan yang KakNa tulis di atas tadi. Then KakNa akan share lagi pengalaman berpantang anak kedua di Hospital Serdang 2009. Tragis!


Monday, December 5, 2016

Kenangan Buat AyahBonda Yang Sentiasa DiHati

Assalamualaikum...

Dulu masa KakNa belum balik ke Pontian..eh..camnilah..walaupun KakNa orang Johor, tapi KakNa dari kecik tidak pernah dapat pergi bercuti. Tiada istilah bercuti dalam kamus waktu kecil dulu. Emak dan Abah orang susah..dapat gaji, cukup-cukup adanya. Jadi asik beranggapan jauhnya nak ke sesuatu tempat. Bapak KakNa pun mana ada kereta, motorsikal cabuk je...

Bila semakin membesar, drezeki sambung belajar keluar dari Johor, berjumpa dengan kawan-kawan kaki jalan, rasa seronok. Masa tahun 3 di UPM, KakNa pernah berkerja part time di sebuah hotel. Jadi housekeeper. pertama kali menjejakkan kaki ke Perak..adalah taiping-Bukit Fraser. Naik bas reramai dengan kawan-kawan.

Bila berkahwin, dapat jodoh orang Kedah. Jadi trip raya wajib setiap tahun KL-Johor-KL-Kedah-KL. Expenses raya kami untuk trip sahaja mencecah rm1K. Muaiiii....Sekarang duduk berjauhan. Kota-Pontian. Jarak masa 2jam. Jadi sebulan paling busuk sekali akan drive kereta dengan anak-anak sahaja ke Kota Tinggi. Minyak dan Tol pergi balik almost rm100 termasuk jajan anak-anak.

Dilahirkan dalam keluarga hidup dengan apa adanya, mungkin buatku lambat nak kaya harta dunia. mungkin aku selesa hidup apa adanya. sudah terbiasa hidup susah. Bila melihat anak-anak, semangat kembali full speed. Anak-anak penguat jiwa seorang ibu. 

Menerawang mengingatkan ibunda tersayang di kampung halaman. Ya Allah berkatilah dia..bahagiakanlah dia, berikanlah aku kemampuan untuk membahagiakan dia dunia dan akhirat. Alfatihah buat ayahandaku disana, semoga ayahandaku sentiasa dalam rahmat dan lindunganmu. Ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Aamiin.

Ayahku kembali kepangkuanNya  sudah 10tahun. Hanya ucapan rindu dan kiriman doa dapat ku beri. Semoga kita dapat bertemu lagi. Seorang insan yang tidak pernah menyakitiku, malah sentiasa cuba untuk mencukupiku sejak kecil. Terima kasih abah...emak. Jasamu tiada dapat ku balas dengan wang ringgit. Semoga kiriman doa-doaku dapat sampai kepada emak dan abah. aamiin.

Ishhhh...tersyahdu pula malam ni... Buat adik-adik yang masih ada ibu dan ayah, do your best untuk buat mereka bahagia. Bila mereka tiada, kita akan kehilangan doa mustajab ibu dan ayah.




Wednesday, November 16, 2016

Kini Kupercaya Urutan dan Pemakanan Sihat Mampu Membantu Wanita Untuk Hamil

Kisah ini...adalah salah satu kisah pembakar semangat Kak Na. Kak Na tidak tahu Nenek Kak Na juga seorang bidan dan tukang urut tradisional satu masa dulu. Emak Kak Na beritahu Kak Na selepas Kak Na dihujani permintaan untuk mengurut. Pada awalnya Kak Na pun pelik..tapi inilah dia perjalanan yang Allah dah aturkan untuk Kak Na. Gembira sebab dari sekadar membantu suami mencari sesuap nasi untuk anak-anak, Kak Na dapat melebarkan sayap mencari saham akhirat.

Enam minggu lalu, Kak Na dihubungi oleh seorang adik cantik. Katanya, badannya lenguh-lenguh..penat..sakit-sakit. Jadi, pada hari yang dijanji, Kak Na pun datanglah ke rumah beliau. Jadi beliau berceritalah...sudah setahun berkahwin tetapi masih belum dikurniakan anak. Anak kan penyeri rumahtangga..jadi beliau pernah berusaha dengan mengambil supplement GLA (Gamma Linoleik Acid) untuk kesuburan...GLA ni tugas macam EPO la tapi ia lebih tinggi kandungan GLA nya. Jadi bila pernah makan dan belum ada hasil..beliau berhenti.


Kak Na buat urutan relaxing massage dan buat sengkak pada beliau ketika itu. Memang terasa sedikit kebawah peranakannya waktu itu. Tujuan urutan juga supaya dapat membetulkan atau melonggarkan urat-urat yang tegang selain memberi rasa kesegaran dan ringan pada anggota badan. Jadi sebelum balik, Kak Na pesan ke dia supaya amalkan semula GLA dan tambah Vitamin E. Untuk dia dan suami amalkan. Sebab Vitamin E boleh membantu memelihara kesihatan reproduktif kita. Selain menghilang parut dan melembapkan kulit wajah. 

Malam tadi...beliau menghubungi Kak Na....selepas 6minggu berlalu...Ya Allah terkejutnya Kak Na... Beliau sudah hamil 5 minggu. Ya Allah dikau peliharalah dia dan permudahkanlah urusan dia sepanjang minggu-minggu kehamilan dia. Amiin. Terima kasih Allah atas asbab pertolonganku Dikau berikan dia rezeki untuk hamil dan mempunyai anak. MasyaAllah..sesungguhnya Dikau Maha Pengasih Maha Pemurah dan Maha Pengampun.

vitamin kesuburan

vitamin kesuburan

vitamin kesuburan


Allah melihat usaha kita. Allah mendengar rintihan hati kita. Allah memberi saat kita bersedia. Allah memberi pada waktu yang sangat tepat. InsyaAllah.

Di bawah ini sedikit penerangan tentang khasiat Vitamin E dan GLA. Sekiranya anda memerlukan khidmat konsultasi dari Kak Na berkaitan Supplement plus Urutan, Kak Na sedia membantu. InsyaAllah.






Muslimah Spa Pontian
0173567078
Kak Na

Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan Untuk Anda Yang Hebat Dan Manis. Senyum.

Yeayyyyyy Alhamdulillah...
Finally....

Hari ini Kak Na nak maklumkan khidmat terbaru kami, hasil penambahbaikkan. Kak Na alu-alukan perkhidmatan yang asahabat sekalian mahu ada di dalam Mobile SPA Pontian ini. Kak Na sangat berharap Mobile SPA ini dapat membantu sahabat-sahabat di luar sana mendapatkan treatment dan service yang bagus dan berbaloi.

Enjoy!!!


SCRUB COPY

Resepi ini kami hasilkan sendiri. Memang 100% homemade. Serbuk kopi, koko, susu kambing dan olive oil. Haa meh KakNa nak bagitahu kelebihan homemade scrub kopi Kak Na ni.

# Menghaluskan kulit.
# Menghilangkan bau badan dan ketiak.
# Memberi kesegaran pada tubuh.
# Menghilangkan rasa letih..stress..tegang.

LULUR BERAS

Lulur beras ini juga hasil kreativiti KakNa. Juga 100% homemade. Gabungan Beras, Plain Yogurt, Daun Pandan dan Sedikit Kunyit. Khasiat nya pasti anda suka...

# Menanggalkan sel kulit mati.
# Menggalakkan pertumbuhan sel yang baru lebih canik.
# Mengandungi khasiat memutih.

MANDI DAN SAUNA HERBA

Mandi herba dan sauna ini KakNa satukan dalam satu pakej. Ia bertujuan untuk memberi kesegaran pada tubuh. Melancarkan peredaran darah agar rasa pegel-pegel (orang jawa kata) hilang. Pegel-pegel tu orang australia kata lenguh-lenguh,,sengal-sengal badan. Tapi Sauna ni KakNa tidak galakkan ye untuk anda yang mempunyai darah tinggi.

BEKAM AIS

Ini KakNa hanya gunakan ais dan urutan di kepala. Special jika anda ada migrain. Membantu mengurangkan sakit dan simptom.

RELAXING MASSAGE

Ia lebih kepada sweedish massage. Nama pun relaxing massage jadi urutan tidak melibatkan suis tertentu. Tapi stil memberi kelegaan kepada pelanggan. Sebab ada pelanggan dia hanya letih berkerja dan mahu diurut tanpa rasa sakit. Jadi ia KakNa akan sediakan sekali teh halia (homemade juga). Supaya dapat membuang angin-angin jalanan.

HAND AND FOOT THERAPHY

Okay untuk terapi tangan dan kaki, KakNa gunakan resepi sendiri (100% Homemade). Ini gabungan resepi Geng Bidan JDT KakNa dan Guru-guru yang mengajar kami. Kemudian KakNa selitkan Nail Treatment dan Light Massage untuk tapak tangan dan jemari. Juga Jemari kaki. Bertujuan untuk melancarkan peredaran darah dan menghilangkan rasa lenguh jari...malah memberikan rasa fresh kepada tangan dan kaki.

AURA FACIAL

Aura facial ni lebih tertumpu pada bahagian kepala hingga bahu..termasuk raut wajah dan leher. KakNa akan lakukan facial dulu sehingga ke bahagian leher, kemudian KakNa akan scrub dan lulur wajah. Termasuklah cuci wajah sehingga urutan di bahu, leher dan kepala.

Selain menaikkan seri wajah, ia dapat membantu mengurangkan masalah di wajah anda yang super duper gojes tu. Urutan relaxing massage di bahagian bahu akan menghilangkan rasa stress di bahagian bahu dan leher.

PREGGY LADY

Oleh kerana wanita hamil ni sensitif, jadi kami hanya melakukan Light Relaxing Massage. Sekadar menghilangkan rasa lenguh, letih, dan kami doakan semoga anda dipermudahkan urusan bersalin nanti. KakNa hanya ambil booking untuk anda yang sudah hamil pada Trimester kedua iatu usia kandungan 4 bulan ke atas. KakNa akan sharing tips-tips ibu hamil. Tips-tips melahirkan...sehingga anda bersalin.


URUTAN BERSALIN

Urutan bersalin ni urutan tradisional. Jadi KakNa sertakan bertungku, bertangas dan sengkak. Selain itu KakNa akan berikan Tea Ginger untuk anda merasa lebih segar dan energetic. Urutan akan dilakukan dengan sentuhan titik saraf dan teknik yang pasti memberikan anda ummphh.


KakNa juga menyediakan PAKEJ BERPANTANG. Dalam pakej ini, Urutan Ibu, Urutan Anak, Urusan Mandian IBU dan Anak, Bertangas, Bertungku, Pemakaian Param, Pilis, Tapal dan Bengkung. Sekiranya anda masih belum membeli sebarang jamu, param, pilis, tapal dan minyak urut...KakNa ada menyediakan Set Berpantang yang pasti Homemade. Hasil turun temurun dari bonda. Dengan potongan harga 20%. Kemudian KakNa akan beri FREE Vitamin untuk mengembalikan malam pertama anda selepas 100hari berpantang nanti.


Urutan ini lebih kepada urutan tradisional pluss sentuhan point-point saraf tubuh kita. Maklumlah proses bersalin bukan proses biasa-biasa. Ada banyak urat kita yang bertungkus-lumus kerja untuk memastikan baby selamat dilahirkan. Tenaga yang kita gunakan untuk bersalin adalah sehabis mungkin. KakNa setiap kali lepas melahirkan...akan rasa sangat letih dan sangat lapar.

Urutan Bersalin ini KakNa hanya ambil selepas 3hari sekurang-kurangnya lepas anda melahirkan. KakNa akan jarakkan 3hari sekali sebanyak 3kali. Sengkak akan dilakukan apabila jahitan/luka telah benar-benar pulih. Sebarang pertanyaan atau jika ada yang tidak clear dari gambar berikut boleh lah direct whatsapp ke Kak Na ye....Semoga Allah mudahkan pertemuan kita.. Aamiin..

Muslimah SPA Pontian
0173567078
Kak Na

Urutan Ibu Hamil, Berpantang, Menyusukan, Relaxing Massage Semuanya di Sini. Kami Berikan Yang Terbaik.

Syukur alhamdulillah.... KakNa telah selesai Kursus Perbidanan di Sinaran Ilmu Learning Centre. Berguru dengan dua orang insan yang sangat berpengalaman dalam bidang ini. Bukan sekadar berpengalaman, malah beliau berdua itu juga telah mempunyai sijil dan diploma juga ijazah yang diiktiraf oleh badan berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia...MARA dan JPK. SubhanAllah...MasyaAllah...memang unexpected ilmu yang diturunkan oleh mereka. Kami seramai 16 orang memang berasa sangat bertuah dapat berguru dengan Ummie dan Cikgu Siti Tanjung. Bukan calang-calang orang mereka. Malah kami masih berada didalam group bimbingan dimana kami masih boleh terus berkomunikasi dengan mereka untuk memantapkan lagi ilmu kami. KakNa datang dengan Cawan Kosong di dada. Langsung tidak tahu amalan perbidanan. Tetapi, Allahuakbar....KakNa pulang dengan ilmu yang padat...penuh..melimpah ruah. Semoga diberi kesihatan yang baik..umur yang panjang kepada Cikgu Siti dan Puan Ummie. Sangat sporting dan supportive. Tidak kedekut ilmu langsung. Kami semua memang seronok sangat. Setiap pagi KakNa tak sabar nak sampai skudai. Sebab ape? Sebab tidak pernah menjalani kursus yang begitu happening sekali. Bayangkan kami 16orang ini...hari pertama macam dah lama kenal..padahal hari pertama. SubhanAllah....perancangan Allah sangat sempurna. Kami dilanda pelbagai masalah....KakNa sendiri.... Jika diikutkan memang tidak dapat menghadiri kelas ini....kerana kenderaan KakNa rosak, masuk workshop hingga memerlukan ribuan ringgit untuk dibaiki. TAPI pelik sangat....suami KakNa diam-diam telah bank in duit yuran kursus ini. Hari sekolah (KakNa PJJ dengan suami..seminggu sekali jumpa), kene hantar dulu anak ke sekolah (Ayer Baloi to Skudai bukan dekat). Kemudian...hari ke-3 KakNa diuji....pagi-pagi dapat panggilan telefon dari Mak KakNa yang menjaga anak-anak....Anak KakNa no.3..tertelan duit syiling...Allah...susah hati KakNa sampai hari ini, kerana duit masih belum keluar ikut najis dia. Doakanlah duit tu keluar. Dengar macam simplekan..duit syiling seposen je..tapi sebagai seorang ibu...hanya naluri ibu yang faham..gundah gulananya hati. Tapi bila KakNa telefon husband that day...dia kata... "Takpe...you teruskan kursus...i'll handle him...i on the way to hospital"... KakNa tak sangka suami KakNa sangat positif kali ni. Biasanya dia sangat susah nak bagi KakNa pergi kursus..dan anak tertelan duit pon dia still suruh KakNa habiskan kursus. Alhamdulillah....Allah sangat baik hati. Sijil yang KakNa terima bukan sekadar sijil kosong. Sijil yang benar sarat ilmu. Malah KakNa mendapat sijil SKM3 yang akan diambil tak lama lagi. Seterusnya peluang yang cerah untuk mendapatkan Sijil Diploma kami. InsyaAllah nanti KakNa akan kongsikan Majlis Konvokesyen kami. Hari ini KakNa nak share sikit gambar-gambar kenangan sepanjang kursus yang KakNa pergi ni. 4hari yang penuh kegembiraan, perpisahan yang diiringi airmata kepuasan...keesokkan harinya yang penuh kerinduan. Rindu gelak tawa kawan-kawan seperjuangan dan rindu celoteh dan gurauan Ummie dan Cikgu Siti Tanjung.

Cikgu Siti sedang menerangkan cara-cara mengurut baby dengan betul.

Inilah Ummie yang kami sayangi.

Inilah geng BIDAN JDT 

Siapa bilang Mak Bidan tak perlu exercise? Kami wajib menjaga ke 'fit' an kesihatan kami okay..

This is the most Beautiful Moment to me!!! Yeaayyyyy...

Tak puas dengan gambar-gambar kami? Atau masih tidak percaya? Klik je sini.. Jumpa lagiii

Saturday, November 5, 2016

Amalan 10 Petua Tradisional Untuk Merawat Masalah Wajah Berjerawat Sekaligus Mengembalikan Seri Wajah~ Part 2



Assalamualaikum... Jumpa lagi.. Mari kita sambung amalan tradisional untuk menaikkan seri wajah dan mengurangkan masalah jerawat.

6. Yogurt Asli & ESP
Sapukan campuran ESP & Yogurt asli keseluruh bahagian wajah seperti masker dan biarkan sehingga kering. Kemudian cuci dengan air bersih. Lakukan 3kali seminggu. Anda akan rasakan kelembapan dan kelicinan wajah anda.
Image result for yogurt asli

7. Buah Tomato & Madu.
Ambil sebiji buah tomato dan belah. Kemudian oleskan keseluruh wajah. Atau makan sahaja sebiji buah tomato setiap hari. Atau jadikannya jus dan tambahkan sedikit madu. Kesannya pasti mengujakan.

Image result for tomato dan madu

8. Embun
Ambil empun pagi pada daun pokok yang tidak tercemar. Sapukan ke wajah bersama selawat. Biarkan sehingga kering dan cuci dengan air bersih.

Image result for embun pagi

9. Air Kosong
Setiap kali bangun pagi ambil tiga gelas air suam. Minum sebelum gosok gigi. Setiap hari. dan satu lagi Selepas solat subuh, amalkan surah yusuf dan minum segelas air suam.


10. Kanji Nasi
Ambil sedikit kanji nasi dan sapukan pada jerawat. Biarkan kering dan bilas wajah anda.


Yeayyyyy..... Selamat Mencuba.....


Friday, November 4, 2016

Amalan 10 Petua Tradisional Untuk Merawat Masalah Wajah Berjerawat Sekaligus Mengembalikan Seri Wajah~ Part 1

Alhamdulillah..hari ini Kak Na nak ajarkan cara tradisional yang mudah untuk diamalkan. Ada 10 cara mudah yang Kak Na akan kongsikan. Simpan link entry Kak Na ni untuk rujukan korang akan datang.

1. Beras & Biji Betik Muda
Rendam segenggam beras hingga kembang. Ambil segenggam biji betik muda tadi, kemudian tumbukkan bersama beras. Kemudian kepal-kepal sehingga jadi bulat kecil dan jemur sehingga kering. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas kedap udara. Gunakan seperti bedak sejuk.


2) Tisu Wajah & Dua Biji Telur Putih.
Rendam tisu wajah didalam dua biji telur putih. Kemudian tampalkan ke wajah anda. Biarkan sehingga kering. Kemudian tarik perlahan-lahan sehingga bintik hitam terlekat keluar. Kemudian cuci muka dengan air bersih.


3) Air Kelapa Tua
Selalunya kita minum kan...sedapppp. Tapi kali ni cuba oleskan ke wajah dan biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih.


4) Tuala Lembap & Semangkuk Air Panas.
Ambil sehelai towel Wajah yang telah direndam dengan air biasa, selimutkan ke kepala kemudian ambil semangkuk air panas. Wapkan wajah anda. Kemudian bilas dan jangan lupa oleskan toner ke wajah anda, agar pori-pori tertutup kembali.



5) Bunga Melur & Air Kelapa Muda.
Jika ada depan rumah atau di rumah kejiranan, Ambil...cuci dan tumbuk sehingga lumat dan larutkan dengan sedikit air dan sapukan ke wajah anda. Biarkan selama 10minit lebih kurang. kemudian bilas dengan air kelapa muda.


Okayyyy...Selamat Mencuba dan Nantikan Part-2. bersama beberapa tips mencuci wajah setiap hari agar lebih aura serinya.


Saturday, October 8, 2016

Cara Saya Menghilangkan Jerawat Dan Bekasnya Serta Menaikkan Seri Wajah

Assalamualaikum...petang yang hebat dan penuh aura hari ini.... Alhamdulillah....tiba-tiba berkobar-kobar nak kongsikan cara saya menangani masalah jerawat.

1. Detoks
2. Kurangkan makanan berminyak.
3. Kurangkan stress dengan melayan anak-anak buat aktiviti.
4. Cari Produk Penjagaan Wajah Yang Selamat.
5. Cara Mencuci Wajah Yang Betul Dan Berkesan.

1. DETOKS

Yang ini jujurnya saya baru nak mula 10 haribulan. Tapi ramai sahabat saya telah berjaya dengan detoks ni...bukan sekadar masalah jerawat berkurang malah...lost in inches la...kilogram berkuran la...kulit pun makin berseri tau...

2. KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK

Saya suka makan makanan macam ayam masak sambal, paru sambal dan yang seangkatan dengannya. Jadi minyak memang banyak la kan. So, saya kurangkan dengan makan makanan rebus...panggang...bakar.

3. KURANGKAN STRESS

Sebab stress akan buat wajah saya bertambah mild wrinkles. Dan naik jerawat...kerana bila saya stress saya akan jadi asik nak maaakan aje...makam cokla makan aiskrim..ishhhh makanan yang mudah naik berat dan menambah lemak di badan saya.

4. PRODUK PENJAGAAN WAJAH YANG SELAMAT

Ini rahasia utama saya. Saya pernah ada pengalaman dengan produk lain yang harga beratus-ratus, sehingga wajah naik jerawat batu...jadi berlubang, liang roma terbuka besar..aduhhh stresss tau masa ni....Wajah saya ketika itu kelam, kusam, penuh bintik-bintik..hingga anak-anak pun menegur...aduhhhh sadisss sangat tau bila anak dan suami mula bersuara.

Jadi, saya tiada pilihan...kene beli jugak Nutriwhite ni. Lama dah skodeng Nutriwhite tapi bajet lom sampai. Namun, kumpul sikit-sikit dan alhamdulillah sangat...saya berjaya beli bulan dua tahun ini. Dan hari ini 8hb Oktober 2016, saya bersyukur....

Pssstttt nak tahu tak..ada orang yang dah setahun tak jumpa saya...hari ini dia tegur saya....

"Eh wana....makin berseri-seri ko sekarang"

Kekekekekekeke.... Alhamdulillah....

5. CARA MENCUCI WAJAH YANG BETUL

Yang ini saya terapkan dalam SPA saya. Teknik ketika saya membuat facial ke wajah pelanggan saya. Saya akan ceritakan ringkasnya ya..tapi kalau nak rasa bagaimana bestnya auranya tu...bolehla whatsapp untuk booking ek....

Okay..ringkasnya mudah..gosok wajah dari bahagian dagu naik ke pipi naik ke hidung naik ke dahi. Dan ada titik-titik tertentu di wajah yang perlu di picit/tekan bagi memberikan rasa release dan tenang.

Okay...sampai sini dulu...saya kongsikan rahasia saya. Keep follow me untuk pelbagai lagi teknik dan rahasia kesihatan dan keserian...cheeewahhh...hahaha..

Tatatititutuuuuuu....


Friday, September 30, 2016

Wanita Terutama Ibu Perlukan SPA Sebulan Sekali Untuk Cas Semula

Alhamdulillah....
Bulan Oktober 2015 ni genap setahun kami berpindah ke kampung halaman saya sendiri di Johor ni. Dan sudah lebih 6bulan kami duduk berjauhan. Kami tidak anggap ia beban...kerana Allah is THE GREAT PLANNER.

Perniagaan MOBILE SPA ini jugak sudah menjejak lebih 6bulan beroperasi. Syukur syukur syukur....Allah makbulkan impian saya. Walau ia nampak sebagai sebuah spa kecil yang bergerak, namun ia sangat bermakna buat kami.

Setiap hujung minggu penuh dengan booking di merata tempat. I just want to give somethinh that a woman..a lady..a wife especially..time to relax..chill...and released. Woman..you deserved to get SPA at your house at least once a month.

Si ayah pun jagalah kejap kan anak...at least for few hours. Jadi dapatlah your wife recharge dan kembalikan semula aura mereka. Dan barulah wife dapat emosi yang happy..tenang dan dapat give her best for you. Dengan Mobile SPA pontiaN....anda dapat jauh lebih jimat.

Dapatkan PAKEJ OKTOBER KAMI.

0173567078
Puan Wana
Pengusaha MSP


Thursday, September 29, 2016

Pengalaman Isteri Yang Mengalami Bacaan Tekanan Darah Sehingga Tidak Boleh Dibaca

PENGALAMAN BENAR DETIK DETIK CEMAS SERANGAN STROKE. - untuk manfaat bersama. 👇

Waalaikumussalam Qun Hisham
Terima Kasih. Isteri saya terkena serangan angin merah pd jam 5 pg 25/9/2016. Kepala pening dan tekanan darah naik sampai tak boleh baca BP. Sementara nak pegi hospital saya buat rawatan mana yg termampu dgn cara keluarkan darah disetiap hujung jari tangan dgn pakai jarum dan ditelinga tempat gantung sunting dan basahkan kepala dgn air asam jawa. ALHAMDULILLAH Ingatannya beransur pulih dan terus ke HKL. Tekanan darah dah kembali normal. Kalau tak keluarkan darah, boleh menyebabkan salur darah pecah kemungkinan jadi strok. Hari ahad tidor diHKL dan ptg isnin keluar hospital. Tolong hebahkan pd org lain utk kongsi pengalaman saya. InshaAllah lain kali saya dtg..ini mlm ada janji dgn org utk rawat sakit pinggang & lutut. Rawatan ulangan.tks

Qun Hisham;- Mesej ini dari pengalaman sendiri oleh En. Razak (alumni Qun Johor & KL). Hp: +60 13-667 2421.
Sila SHARE untuk manfaat bersama.

@@@@@@@@@@@@@@@@

Ini adalah kisah benar salah seorang sahabat Kumpulan Qun kami yang baru-baru ini isterinya diserang angin merah.

Semoga dapat jadi sedikit panduan buat kita.


Monday, September 26, 2016

Donat Gebu Frozen Memudahkan Kerja Kita Emak-Emak

Assalamualaikum...

Donat Gebu Frozen Yang Makan Tak Cukup Sepeket.

Alhamdulillah cara mudah dan enak untuk anda seisi keluarga. Produk muslimah...hakalan toyyiban.

✔Nak picnic?
✔Sarapan pagi?
✔Minum petang?
✔Bawaan TAHLIL/Kenduri rumah sedara/jiran sekampung?
✔Nak bawa bekalan sarapan anak/suami?
✔Nak travelling so boleh kunyah hilangkan ngantuk?

DAPATKANLAH DONAT GEBU FROZEN.
Cara mudah settle masalah di atas.

💞Sebungkus ada 10biji.
💞Harga hanya RM4.

Antara perisa yang ada ;
🚦ORIGINAL
🚦JAGUNG
🚦PANDAN
🚦STRAWBERRY
🚦COKLAT+PISANG
🚦MIX (2BIJI ORIGINAL, 2BIJI JAGUNG, 2BIJI PANDAN, 2BIJI STRAWBERRY DAN 2BIJI COKLAT PISANG)

💋Penghantaran setiap minggu.
💋Hari Khamis dan Rabu.
💋(Dari benut ke kukup)

🌼Hubungi ;
🌼0173567078
🌼Puan Donat


Minum Ais Semasa Makan Bukan Tabiat Yang Baik Untuk Kesihatan Kita

*KESESUAIAN PERUBATAN*

*((( MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI )))*
--------------------------------------------

*KOLESTEROL* (mmol / L)
------------------
Kolesterol --- < 5.2
HDL --- > 1.03
LDL --- < 4.1
Trigliserida - < 1.70
-------------------
             
*Platelet COUNT*
-----------------------------
150-410 (10 ^ 9 / L)
--------------------

*Tekanan darah*         
-------------------------
120/80 - Normal
130/85 - Normal (Kawalan)
140/90 - High
150/95 - V. High
----------------------------

*LOW BP*
----------------
120/80 - Normal
110/75 - Normal (Kawalan)
100/70 - Rendah
  90/65 - V. Low
----------------------------

*GULA*
------------
Glukosa (F) - 4.1 - 5.9
(12 jam Puasa)
Glukosa (PP) - <11.1
(2 jam selepas makan)
Glukosa (R) - <11.1
(Selepas 2 jam)
----------------------------
     
*Haemoglobin*
-------------------
Male --- 13 - 17
Perempuan --- 12 - 15
----------------------------

*PULSE*
---------------
72 seminit (standard)
60 - 80 mlm (Normal)
40 - 180 mlm (tidak normal)
----------------------------

*SUHU*
-----------------
37.0 Celsius (Normal)
37.5 Celsius atas (Demam)

Sila membantu saudara-mara, rakan-rakan dengan berkongsi maklumat ini...

*Serangan Jantung Dan Minum Air Panas*

Ini adalah satu artikel yang sangat baik. Tidak dengan hanya meminum air panas selepas makan, tetapi tentang terjadinya Heart Attack itu.               
Minuman *teh panas Cina atau Jepun* serta makanan mereka dengan air tidak sejuk (suam/panas) adalah *sangat baik* untuk kesihatan. Mungkin inilah masanya anda perlu mengubah tabiat cara anda  minum semasa makan. Bagi mereka yang suka minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna kepada anda. Amalan atau cara begini adalah *sangat berbahaya* untuk anda jika anda masih mengamalkan meminum *air dingin/ais* semasa makan. Kerana, air sejuk akan *membekukan makanan berminyak* yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Apabila ini terjadi 'enapcemar' bertindak balas dengan asid, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Kemudian ia akan memenuhi usus. Tidak lama kemudian ianya akan bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Oleh itu cara yang terbaik untuk menghindarkan gejala ini adalah dinasihatkan anda *meminum sup panas atau air suam selepas makan.*

*Kentang goreng dan burger*
adalah musuh terbesar kesihatan jantung kita. Anda memberikan lebih kuasa kepada syaitan ini. Elakkan makanan ini demi kebaikan Jantung anda & Kesihatan.

Minum segelas *air suam* sewaktu hendak tidur untuk mengelakkan pembekuan darah pada waktu malam (sewaktu tidur) dengan cara itu juga dapat mengelakkan daripada serangan jantung atau strok.

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang membaca mesej ini menghantar kepada 10 orang, setidak-tidaknya kami akan dapat menyelamatkan sekurang-kurangnya satu nyawa.

_Jadi, sila menjadi teman sejati dan menghantar artikel ini kepada orang yang anda hargai._

Share ilmu dr group sebelah


Saturday, September 24, 2016

Elakkan Heat Stroke Yang Boleh Membawa Maut

Cuaca kat Pontian ni..time panas..amekkk kauuu..time hujan...nyamannya...hehehe... Orang kata dunia dah tua... Bila sejuk...mungkin tidak jadi masalah cuma yang ada asthma tu kena lah beware. Bila time panas pula..semua pun kena berjaga-jaga.

Apakah itu Strok Haba?
Negara kita Malaysia akan mengalami fenomena equinoks dua kali setiap tahun. Iaitu pada March dan September. Pada keadaan ini, matahari akan berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Suhu terpanas sekitar pukul 12 hingga 3 petang.

Sekiranya terdedah terlalu lama pada keadaan terpanas ini, boleh mengakibatkan suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Manakal suhu normal badan kita adalah 37 darjah celcius. Strok Haba atau Heat Strok 



Tanda-tanda awal Stroke.

1. Kerap Sakit Kepala
2. Mudah hilang Fokus
3. Lidah Menjadi bengkak
4. Suhu badan Melebihi 39 darjah celcius
5. Nadi Berdenyut Laju
6. Tekanan Darah Rendah
7. Badan Lesu dan Kerap Pengsan
8. Badan Tidak Berpeluh
9. Kulit Kering Kemerah-merahan



Bagaimana Mahu Mengelakkan Strok Haba



Selain dari petua di atas....amalkan meminum air performance drink ini. Ia membantu meningkat tenaga otot dan sel dengan cepat, menggantikan air yang hilang . Ia juga mengimbangi dan membekalkan elektrolit dalam tubuh dan mengimbangi metabolisme dalam tubuh. Mengurangkan kehausan, mencegah penghidratan, dan juga melembapkan kulit.Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan mencepatkan kesembuhan akibat kecederaan otot.



Jadi dalam keadaan cuaca tidak menentu ini, penjagaan kesihatan sangat penting bagi mengelakkan masalah kesihatan sehingga menjejaskan kerja-kerja harian. AWAS!! Strok Haba Boleh Membawa Maut. 


Friday, September 23, 2016

Weeken Is Family Treat So Make It Special And Memorable

Sebenarnya dah almost 3month plan dalam kepala nak ke Forest City di Gelang Patah/Nusajaya ni. And semalam memang nekad no matter what today nak ke Forest City. Jadi anak-anak pun happy giler..sebab dengar nak pergi tempat baru yang diorang belum explore kan.

Nak di jadikan cerita, pagi tadi Dhiya n Wafi have kelas tambahan at school. Kelas belajar solat dan mengambil wudhu. So, rasa macam...ishhhh rugi kalau tidak hadir. Then...pagi-pagi gosoklah baju melayu diorang and hantar mereka.

Oleh kerana Dhiya request to his ayah...nak makan rebung macam tok masak, pagi-pagi tadi after hantar mereka ke sekolah...kami pun pergilang ke Pasar Pagi Benut (Saturday only)...orang kedah kata Nat. Satu pasar tu kami pusing,..tidak ada la pulak...so on the way back to kereta...ada kedai jual umbut kelapa. So, belilah...sekilo rm7..kami beli satu batang besar dan satu batang kecik..rm20. Alhamdulillah rezeki anak nak makan rebung tak dapat...umbut kelapa pon dia happy dah.

Si ibu pulak..manahan perut yang tidak berapa okay hari ni. Hari ini dapat rezeki menghapuskan dosa-dosa kecil, syukur alhamdulillah ya Allah. Jadi, ibu sedang menanti keputusan si ayah,..nak pergi atau tidak ke FOREST CITY. Memandangkan si ayah pulak ada baran kena collect si Stesen Keretapi Johor.

Plan kedua pulak nak pergi makan buah-buahan di ladang di Kota Tinggi esok pagi...itupun jika JOHOR dapat cuti peristiwa sempena kemenangan Pasukan Bolasepak Johor JDT mendapat kemenangan Juara Liga Super 3tahun berturut. Alhamdulillah.

Plan ketiga....kami buatlah aktiviti di rumah kami yang belum siap tu...buat layang-layang,..buat anak panah...buat aktiviti bersihkan kawasan rumah. Yang penting kita ENJOY!!!!


Thursday, September 22, 2016

Resepi Jemput-Jemput Sotong SPA Istimewa

Hahahaha jangan gelak tau nama dia... Hari ini Encik Suami balik...so..nak masak something special. Seminggu makan air tangan orang so bila balik tu meh kasi air tangan kita plak kaw-kaw...kasi hadam ikat terus perut dia..kikikiki..Niat baik tau..

Jemput-jemput Sotong SPA nama diberi...

Macamana nak buat? Senang aje lah macam buat jemput-jemput biasa.

Bahan

Sotong (Janji spesis sotong) (Hiris nipis)
Cili Benggala Warna Merah (Kasi cantik n sedap)(Potong dadu)
Daun Sup atau Daun Kucai (Potong2 halus)
Bawang Merah (Potong hancur jangan blend)
Garam
Tepung Gandum (Jangan dilupa)
Taugeh (Kalau suka nak letak)
Minyak Masak
Sos Thai
Kuali
Sudip
Mangkuk
Pinggan
Sudu Besar

Cara Buat

1. Ambik mangkuk. Isi air dan tepung. Depend la ye ikut suka nak banyak mana buat. Kalau k.wana buat tepung setengah beg. Air tu tuang agak-agaklah jangan banyak sangat nanti cair. Bersama sedikit garam.
2. Masukkan Sotong, Cili Benggala, Daun Sup/kucai, Taugeh gaul rata.
3. Jika cair...tambahkanlah tepung.
4. Panaskan kuali bersama minyak masak.
5. Bila sudah panas minyak. Ambil sudu besar dan cedok ikut penuh sudu itu dan masukkan ke kuali. Ulang sehingga penuh dalam kuali.
6. Agak-agak dah masak..kekuningan keemasan..angkat letak dalam pinggan cantik awak tu eh.
7. Biarkan sejuk sikit..cicah dengan sos thai.

Alahaiiii.... Kecur dah ni... Oklah nak pergi buat...tatatititutu... Nanti share ye kalo korang dah test buat..sedap tak?


Wednesday, September 21, 2016

Merawat Masalah Kesihatan Dengan Cara Lebih Alami Agar Dapat Menghindar Dari Zika Dan Seangkatannya

ASSALAMUALAIKUM..

Dalam hujan ku menulis nih..hahaha Baru balik dari delivery Vitamin C di sekitar daerah Pontian ni. Semakin hari emakin ramai yang mula jatuh cinta dengan Vitamin C Shaklee. Iye la..nak cantik..nak sihat..kenalah makan yang semulajadi dan selamat.

Tapi pernah kah terfikir tentang anak-anak kita? Bagaimana kita nak memastikan mereka sentiasa sihat dan jika sakit pun hanya dalam raung waktu yang cepat sembuh. Apa vitamin pertama yang terlintas dalam kepala anda sebagai seorang ibu atau bapa?

Mari kita kenalpasti supplement yang paling mudah didapati dipasaran, yang telah dijalankan kajian oleh para saintis, yang telah diuji ketulenan bahannya sebelum diproses dan syarikat manakah yang menjadi pengeluar yang boleh dipercayai. Pernah terbaca mana-mana blog atau artikel berkaitan ;



MEALSHAKE
NUTRIFERON
VITAMIN C CHEW
OMEGA
MADU

MEALSHAKE

*Nutrisi yang lengkap. menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat yang diperlukan. Kekurangan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineal ke tubuh kita.

*Membekal nutrisi kepada sel tubuh. Membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut,organ, darah dan lain-lain.

*Membantu tumbesaran. menagndungi asid folik, biotin, kalsium, magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk membesar.

*Mengandungi Vitamin A, C, E dan Zink juga Selenium bagi membantu melawan jangkitan.

*Mengandungi Vitamin B yang lengkap. zat besi dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang lengkap.

*Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang sisa buangan dari perut dan usus.

*Minuman yang lazat, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga.

*Tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan.


NUTRIFERON

*Mengukuhkan sistem imunisasi dalam masa 3 hari. Satu-satunya interferon semulajadi di dunia.

*Interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobin melawan sel-sel tumor. Ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

*Melindungi dari influenza. 

*Meringankan stress dan kelesuan. Meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan yang diakibatkan oleh gaya hidup yang sibuk.

*Formula unik nutriferon ini merangsang pengeluaran makroag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.

*Terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan ketika haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.


VITAMIN C CHEW (Very Recommended For Your Child)
This is my kids favourite.

*Bioflavonoid dan rose hip ditambah untuk mempertingkatkan fungsi Vitamin C dan menghalang oksidasi Vitamin C dalam tubuh. Oleh kerana Vitamin C semulajadi ditemui didalam makanan bersama-sama dengan faktor lain yang berkaitan, Maka Shaklee menambah bioflavonoid dan rose hip. Ia antara sebatian yang mengandungi vitamin C yang berkait rapat sesama sendiri.

*Mengandungi 100mg Vitamin C dan mempertingkatkan fungsi imun.

*Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti-oksidan tubuh.

*Membantu menyokong integriti sel-sel.

*Menggalakkan kesihatan mata, gigi, tukang, gusi, otot dan salur darah.

*Dengan mengunyah Vitamin C Chew ini, Air liur akan memudahkan pemecahan vitamin C, memudahkan ia mudah diserap sebaik sahaja sampai ke usus kecil.

*Kajian yang telah dilakukan, dengan mengunyah amaun kecil vitamin C tiap hari akan menghasilkan serapan lebih tinggi.


OMEGA

*Mencegah penyakit saluran darah dan strok. DHA dan EPA mampu menghalang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar.

*Membantu mengekalkan tekanan darah normal,  dan ketegangan dileher atau sakit kepala. 

*Merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah didalam badan, membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesiti,mencegah asteriosclerosis, myocardial, infarction, dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

*Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori. DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit alzheimer, memelihara pendengaran dan penglihatan dan juga mencegah migrain.

*Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru. Mengawal sistem imun seperti mempernbaiki alahan kulit Psoriasis, Demam Hay, Bronkitis, penyakit lelah,hepatitis, SLE dan buah pinggang.

*Menentang Kanser. Kajian telah menunjukkan Omega 3 boleh mencegah kanser payudara, paru-paru,prostat dan kolon.

*Meningkatkan enterogastrisis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan kebih efektif.

*Asid lemak omega 3 larut dalam tisu rawan. Ia mampu mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Memelihara ungsi-fungsi sendi dan gout dengan efektif.'

*Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan. EPA & DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental iaitu kemurungan, tekanan, kebimbangan, insomnia, autism,kanak-kanak hyperaktif dan penyakit schizophrenia.

MADU

Khasiat madu memang banyak. Kami memang di rumah ni combine madu dan supplement yang lain.
Jom belajar KHASIAT MADU di sini.




Tuesday, September 20, 2016

Berat Turun Dengan Detox Tanpa Kesan Yoyo Lagi

Apa itu detoks...

Secara ringkasnya..ia merupakan penyingkiran toksin mahupun bahan beracun didalam tubuh manusia... Memang tubuh kita banyak racun..ianya datang dari pemakanan seharian kita yang tidak sihat. Badan kita melakukan detoks secara semulajadi contohnya melalui perkumuhan, berpeluh dan pembuangan najis. Namun, kadangkala proses ini tidak menjadi lancar dan tidak semua dapat dikeluarkan daripada badan terutamanya jika melibatkan kolon.

Kenapa Perlu Detoks?

Kekotoran atau pun toksik yang terkumpul dalam badan boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius. Berdasarkan fakta, kebanyakan penyakit hari ini adalah berpunca daripada badan yang penuh dengan toksik.


Pentingkah Detoks Ni??

Mestilah. Sangat penting tau buat detoks ni. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang serta jauhi makanan yang berlemak..berminyak agar tubuh kita sentiasa sihat sepanjang hari.. Antara tujuan detoks adalah ;-

* Buang toksin dari badan
* Elak penyakit serius
* Meningkatkan sistem imun
* Turun berat badan!!
* Nampak lebih muda
* Lebih bertenaga
* Kulit lebih cantik dam berseri

Bila Perlu Buat Detoks Ni??

Bila ada simptom begini maksudnya proses detoks perlu dibuat.
Pernah alami masalah ni?
✅ sembelit
✅ sering letih
✅ kerap sakit kepala
✅ kulit kusam
✅ sistem imun rendah mudah demam
✅ gangguan tidur
✅ rambut rapuh
✅ alahan kulit
✅ jerawat kronik muka/badan
✅ suka makanan manis
✅ bau badan

Kebaikan apabila kita lakukan detoks...
~> Badan akan rasa ringan.
~> kulit cantik.
~> hilang masalah sakit kepala...sakit sendi dan lain..
~> Berat badan akan berkurangan..
~> parasit dalam badan akan keluar.

Eh, kenapa pulak nak detoks? Kan tiap² hari buang air. Kan selalu berpeluh.
Betullah tu. Tapi, agaknya pernah tak kita 'overhaul' badan kita?
Selama berpuluh tahun kita hidup, kita makan dan minum setiap hari. Kita terdedah pada pencemaran setiap hari. Jadi, agak²nya apa yang jadi pada sistem penghadaman badan kita?
Tentu banyak toksin dan bahan beracun terkumpul dalam badan kita.
Jadi, kena lah buat Detoks untuk

✔ bersihkan segala kotoran yang melekat pada dinding usus khususnya.
✔ singkirkan toksin dari badan.
✔ cegah penyakit kronik ~ especially kanser kolon.
✔ bantu turunkan berat badan.
✔ tingkatkan imunisasi badan.
✔ beri kesihatan yang optimum.

Kereta pun kena servis ikut time tau, walaupun khidmat kereta tidaklah sampai 24jam sehari. Inikan pulak tubuh badan kita yang bekerja 24/7.


Jadi bila nak buat detoks? Nak tak join group detoks kami?

Jika nak...boleh whatsapp kami dengan bagitahu "Join Detoks", kemudian kami akan masukkan anda ke dalam group khas detoks kami.

"Set Untuk Detoks tu Tidak Perlu Ambil Semua...akan di justifikasi bila anda sudah berada dalam Group Detoks Kami"





Saturday, September 17, 2016

SPA PENGANTIN PALING MURAH DI DAERAH PONTIAN

Syukur....cuti sekolah hampir ke hujung nya...
Masih ramai bakal pengantin masih tercari-cari tarikh untuk melamgsungkan perkahwinan. Jangan dilupa tarikh untuk memanjakan diri anda wahai bakal pengantin. Agar aura anda mencanak naik berseri-seri.

Dapatkan PAKEJ SPA UNTUK PENGANTIM DARI MOBILE SPA PONTIAN. Harga Asal adalah RM235 untuk satu sesi. TAPI SEPTEMBER 2016 SEHINGGA DISEMBER 2016 HANYA RM180 SAHAJA.

FACIAL 25
FULL BODY MASSAGE WITH HOT STONE 50
LULUR BADAN 35
SCRUB BADAN 35
HAND & FOOT THERAPHY 25
MANDI AURA BUNGA 25
SAUNA HERBA 35

Worth RM235...TAPI ANDA HANYA PERLU BAYAR RM180 SAHAJA.
TIADA CAJ TERSEMBUNYI.

Kami hanya menggunakan produk semulajadi terbaik untuk anda. Tiada bahan kimia berbahaya. Selamat dan baik untuk kulit anda dan mampu menaikkan seri anda sepanjang hari perkahwinan.

Booking sekarang untuk dapatkan harga ini walau majlis anda pada tahun hadapan. Grab peluang ini SEGERA. PAKEJ SPA PENGANTIN PALING MURAH DI DAERAH PONTIAN. HUBUNGI KAMI DI TALIAN TERTERA.

JANGAN LUPA LIKE PAGE DAN INSTAGRAM KAMI mobileSPApontian.

Friday, September 16, 2016

Tips Menaikkan Seri Wajah Setiap Hari Agar Tahap Keyakinan Semakin Tinggu Untuk Melakukan Tugasan Harian

 Inilah dia Tips Menaikkan Seri Wajah Sepanjang Hari.

1. Minum segelas air.


2. Basahkan Wajah.


3. Oleskan Nutriwhite Cleanser.


4. Oles dari dagu ke pipi ke hidung ke dahi.


5. Bilas dengan air dari bahagian dagu.

6. Amik wudhu'.


7. Pakai Toner. Ini sangat penting. Tetapi ramai yang abaikan. Padahal kalau mahu pori-pori muka yang kecil dan halus, toner la BFF nya. Toner akan bantu untuk meneutralkan semula pH & menutup semula liang-liang pori yang terbuka semasa kita cuci tadi.


8. Essence. Molekul sangat halus dan sangat diperlukan oleh kulit asia macam kita ni.


9. Last but not last lah....Jangan lupa pastikan guna uv protection sekali sekiranya taknak jeragat beranak pinak.

(Cuba bayangkan kita basuh muka, lepas tu pori-pori masih lagi terbuka & pH tidak seimbang, terus pakai moisturizer. Hmm.. agak-agak apa yang berlaku?)



       💐Saya Memang Pengguna Tegar Nutriwhite💖






======Skincare yang saya guna natural tanpa
bahan kimia merbahaya.
Semestinya telah berjaya
mengurangkan banyak cela
Di wajah saya.
======






Mode : Berterima kasih dengan program tsunami shaklee yang kami dan rakan-rakan sedang jalankan. Dapat menyuntik semangat kerjasama sesama sendiri. Memberikan pelbagai idea untuk mengembangkan ilmu kami. Alhamdulillah. Jom join group efektif kami untuk membantu anda menjana side income setiap hari/minggu/bulan.


Thursday, September 15, 2016

Koleksi Testimoni Set Penjagaan Wajah Nutriwhite

Alhamdulillah...
.
Semalam ada customer bagitahu...masa baru lepas facial muka dia guna Nutriwhite ni.
.
"Eh..xde rasa apa la..rasa bersih..takde rasa pedih pun k.wana..salu pakai toner saya tu..pedih..tapi yg ni bestla"
.
Kemudian..dia tanya lagi...
.
"Kene beli satu set ke ni k.wana?"
.
Saya pun tunjuk set Basic...iaitu Cleanser, Toner, UV Protection.
.
Dia belek2...oleh kerana dia dah oder omega, vit c dan bcomplex..so kata dia nextmonth nak pakai nutriwhite sebab best giler!!!
.
Alhamdulillah...produk dari bahan semulajadi mestilah best dik oiii...tidak ada fragrance ke ape yg tak elok untuk kulit.
.
Labur sedikit untuk hasil yg mengujakan anda dan semua.Puas Hati.
.
Nak dapatkan Consultation sebelum membeli Produk Nutriwhite?


Nak cuba dengan normal facial hanya rm25?


Atau mahukan Set Basic Sampel?

Jom tengok testimoni mereka lagi...



#tsunamishaklee


testimoni nutriwhite


testimoni shaklee


#tsunamishaklee


nutriwhite shaklee





Kami Pengedar Shaklee Johor
Hubungi kami 0173567078