Bulan ini, Shaklee buat promosi seperti di bawah. Sesiapa followers Kak Na yang nak grab dan nak jadi ahli Shaklee secara percuma, boleh lah WhatsApp Kak Na di 017-356 7078 atau klik www.watsap.my/0173567078/NakGrabShakleeSept
Sunday, September 1, 2019
Wednesday, March 20, 2019
Wow Skincare Tiga Dalam Satu Yang Anda Wajib Guna
Wednesday, December 26, 2018
Pengalaman Mengalami Drooping Eye
Alhamdulillah.. Allahuakbar.. Lama betul tidak menulis disini. Menguruskan SpaComel.. Anak-Anak Bijak.. Keluarga kecil.. Fuhhhh.. Setiap kita 24jam sehari tidak sama haluannya.
Ke hulu ke hilir membantu insan yang memerlukan hingga sendiri terlupa tentang kesihatan sendiri. Hampir dua bulan ambil vitamin C dan Vivix culas. Itu belum Omega (minyak ikan).. Ostematrix (sumber kalsium).. Royal V..
Sehinggalah suatu hari.. Mata kiri ni secara tiba-tiba jatuh sendiri. Tidak dapat di kawal. Waktu itu usaha naikkan semula. Selang beberapa minit berulang lagi. Allahuakbar. Kenapa dengan mata aku ni ya Allah. Ya Allah tolong aku. Masa tu tengah drive.. Segala papan tanda, tulisan jadi kabur dan tak boleh baca.
Tidak fikir banyak.. Terus telefon suami. Petang itu juga suami dari Bandar Penawar gerak balik ke Pontian dan singgah di Shaklee JB. Belilah Omega (padahal omega ada lagi), Ostematrix, Bcomplex, Teh Camomile dan Safron.
Tanya juga pada suami cemana dapat ilham beli semua ni? Suami kata dia google.. Apa yang kakna alami adalah bukan satu jenis penyakit tetapi adalah simptom saraf mengalami kerosakan. Jika dibiarkan akan menyebabkan kekal mata begitu. Sambil dia bergurau.. "cemehhla mata bini aku 🤣🤣"
Kita risau.. Susah hati dia buat lawak. Sebenarnya dah berbulan.. Kakna kurang rehat.. Kurang tidur.. Bila tidak dapat tidur, tengokla telefon dalam gelap. Itulah penyumbang masalah yang kakna hadapi.
Jadinya malam itu terus makan semua dan tidur awal. Esoknya bangun je rasa ringan mata. Cuma bila drive waktu tengahari mata rasa kembang. Masuk hari kedua, alhamdulillah dah ok.
Makan sampai sekarang.. Dah seminggu berlalu. Masih on treatment dan cuba elakkan tidur lambat dan tidak tengok telefon dalam gelap. Sebab bila tengok telefon dalam gelap, mata akan rasa macam tebal dan kebas. Sebab itu masih on treatment.
Jadi sebelum adik/kakak semua kena macam kakna kena, berhati-hatilah dan jaga kesihatan diri. Badan sudah berusia macam-macam yang kurang.. Dari muda mesti jaga pemakanan dan dapatkan supplement yang baik.
Semoga jadi iktibar buat semua.
Wednesday, October 10, 2018
Menambah Ilmu Terapi Saraf dan Tulang Belakang Dengan Terapi Qun
Hadir kursus dengan sedikit bisa dan lenguh di tangan dan bahu juga tengkuk. Semasa kelas berlangsung kami juga diwajibkan melakukan teknik ini pada rakan sesama kursus sambil mana yang boleh dilakukan sendiri maka boleh la buat untuk diri sendiri. Memang seronok. Walaupun ilmu mengurut tradisional ada dalam dada tetapi Kakna kosongkan dada demi mencedok ilmu Qun ini.
Hasilnya dua hari kursus ilmu dapat..badan yang bisa sakit pun hilang. Lebih bersemangat untuk buat rawatan pada ahli keluarga terdekat dulu. Guru yang paling awesome adalah pengalaman. Jadi kenalah di praktikkan supaya ia tidak hilang atau terlupa malah makin bertambah.
Rawatan yang menitikberatkan teknik lemah lembut supaya pesakit tidak berasa terlalu sakit. Ada teknik yang diajar juga agar tidak menyebabkan pesakit alami sakit terlampau. Memang Kakna sudah juga cuba praktikkan pada anak..emak..suami dan diri sendiri.
Monday, September 10, 2018
Tempahan Makanan Untuk Ibu Selepas Bersalin
Memasak lauk untuk ibu berpantang nampak macam mudah. Ye la orang kata setakat masak simple aje. Sebenarnya bukanlah mudah. Kita kena fikirkan ke'fresh'an bahan basah..sayuran sesuai atau tidak dengan ibu..rempahratus yang sesuai untuk baby yang alami jaundis. Jangan ambil mudah.
Ada beberapa perkara/bahan yang kakna titikberatkan untuk menyediakan makanan untuk ibu-ibu berpantang..tidak kiralah apepun resepinya. Bahan asas nya tu yang selalu orang ambil ringan.
1. Bahan basah seperti ikan/ayam/daging/sayuran.
2. Minyak untuk memasak.
3. Bawang yang digunakan (bukan makcik bawang ..okeh)
4. Kebersihan.
Saturday, September 8, 2018
Kekal Muda Dan Menawan Dalam Tugasan Yang Bertimbun
Ramai sukakan nak kekal bertenaga..kekal cantik..maintain comel walau kerja menimbun di rumah atau di tempat kerja. Tetapi mana ada perkara sebut je tanpa usaha akan nampak hasilnya. Jadi jom kakna nak bawak anda selami kehidupan kakna yang agak hazard hahahaha.
Rutin harian kita tidak sama. Keperluan tenaga dan tahap kerajinan juga tidak sama. Perkara yang penting adalah susun jadual harian. Dan tepati masa. Tapi kakna ada juga masa yang culas...contoh..lewat amik anak kekadang minta bantuan sedara. Kasang aktiviti mengurut mengambil masa tambahan. Unexpected selalunya.
Jadi selain pembahagian masa...pengambilan makanan tambahan itu penting untuk tenaga, kecergasan dan kecantikan. Jadi kakna nak tegaskan bahawasanya susunan masa dan pengambilan supplement tu penting.
Kakna nak cerita sikit jadual harian kakna. Mungkin tidak sama dengan anda tetapi mungkin bole jadi guideline. Untuk tahun 2018 (akan tak sama pada 2019..getting cacamarba).
Sekiranya ada pelanggan yang menempah untuk masak berpantang...kakna akan bangun seawal 5.30 pagi menyediakan bahan2 untuk di masak. Dalam masa settlekan anak-anak sekolah..kakna akan start masak. Selepas hantar anak sekolah..kakna pula bersiap untuk urusan perkhidmatan ConfinementLady.
By 11am kakna mesti dah gerak keluar dari rumah pelanggan kerana anak kakna balik pada 11.30am. Dari 11.30M sehingga 2.30 adalah waktu kakna uruskan anak-anak. Kemudian lepas hantar anak-anak ke sekolah barulah kakna bergerak ke rumah pelanggan atau menanti pelanggan di rumah.
Pada pukul 5.30pm kakna mesti dah settle uruskan pelanggan. Sebab anak kakna akan balik pada 6pm. Selepas pukul 6pm hinggalah malam masa kakma dengan anak-anak dan hal ehwal rumah. Memang nonstop. Itu belum lagi jika malam ada customer yang minta tolong urut.
Kenapa Kakna pilih produk ini sebagai assistant Kakna? Nah..Kakna sertakan khasiat dia sebagai jawapan.
1. Vivix
2. OmegaGuard
3. Vitamin C
4. Habbatussauda
5. GLA
6. Ostematrix